Saturday 11 March 2017




PENGENALAN BAB INI

Ia memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai konsep hubungan sesama manusia yang menjurus kepada konsep persaudaraan dalam Islam, konsep kejiranan dan konsep masyarakat majmuk dalam Islam. Pelajar juga didedahkan tentang hukum menyambut perayaan agama lain menurut Islam serta perkara yang berkaitan dengan keprihatinan sosial yang melibatkan aspek agama, kesantunan bahasa, adat resam, pakaian dan aspek ekonomi. Selain itu, dalam bab ini juga akan membincangkan isu kontemporari dari sudut pandangan Islam yang berkaitan dengan isu perkauman, isu khurafat dan tahyul yang terdapat dalam industri perfileman dan hiburan, isu etika kewartawanan dan isu berkaitan hiburan melampau yang menjadi masalah dalam masyarakat. 

KESIMPULAN BAB INI



Konsep hubungan sesama manusia, persaudaraan dan kejiranan amat penting untuk difahami. Nilai-nilai multi seperti kasih sayang, belas kasihan, sating menghormati, bekerjasama dan bertanggungjawab dapat memupuk masyarakat yang bersatu padu dan hidup dan aman dan damai. Kehidupan bermasyarakat mempunyai batas-batas yang telah ditetapkan dalam Islam yang melibatkan batas-batas pergaulan dan adab sesama manusia. Dalam konteks Malaysia, integrasi budaya amat dititikberatkan supaya rakyat dapat hidup dengan selesa dan saling menghormati antara satu sama lain. Namun, pelbagai isu seperti perkauman, penyebaran fitnah, hiburan melampau, etika kewartawanan, kesantunan bahasa, dan unsur-unsur khurafat perlu ditangani dengan baik supaya tidak wujud perpecahan dalam masyarakat. 

No comments:

Post a Comment