BATAS-BATAS PERGAULAN


PENGENALAN

Pergaulan merujuk proses sosialisasi antara sesama manusia. Islam menetapkan peraturan pergaulan antara sesama manusia dan antara lelaki dengan perempuan.

Tiga peringkat dalam memulakan pergaulan ialah:-
Peringkat berkenalan (taaruf)
Peringkat memahami (tafahum)
Peringkat tolong-menolong (taawun)
                    
Batas dan Adab Pergaulan Bebas



Aurat dari segi bagahsa arab iaitu “aurah” yang bermaksud ke aiban. Dari sudut fiqah,aurat merujuk bahagian tubuh yang wajib dilindungi daripada pandangan.

Aurat lelaki 

Aurat bagi lelaki adalah antara pusat hingga ke lutut. Namun demikian, lelaki ialah wajib menutup anggota yang terdekat dengan pusat dan lutut supaya "aurat" yang wajib itu dapat dijaga dengan sempuma.

Aurat wanita 

Ulama Muslimin berpendapat bahawa aurat bagi wanita ialah keseluruhan badan, selain muka dan kedua-dua tapak tangannya. 

Pakaian lelaki 

Hendaklah longgar dan sehingga tidak menampakkan apa-apa yang hendak dilindungi. Selain itu, pakaian lelaki tidak boleh menyerupai pakaian wanita dan tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir. Tujuan berpakaian bukanlah untuk tujuan kebanggaan mencari kemasvhuran, tetapi menurut syariat Islam. 

Pakaian wanita 

Pakaian wanita mestilah pakaian yang menutup semua anggota badan kecuali bahagian muka dan tapak tangan seperti yang dibenarkan dalam Islam. Pakaian wanita mestilah longgar supaya tidak menampakkan susuk tubuhnya. Pakaian wanita perlu tebal, tidak menampakkan warna kulit dan tidaldah bersifat menarik perhatian dan syahwat kaum lelaki. Pakaian wanita juga tidak boleh menyerupai pakaian lelaki dan tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir. Tujuan berpakaian adalah untuk menutup aurat seperti yang disyariatkan dalam Islam.


                        
Adab-Adab dan Batas Pergaulan 


Ustaz Azhar Idrus - Pergaulan Lelaki Perempuan Hadapan Mahram & Kawan


Bertujuan mengekang atau menghalang perbuatan seorang hamba-hambanya dalam pergaulan (antara lelaki dengan perempuan).

Beberapa adab yang perlu diikuti ketika bergaul adalah seperti berikut :-

Memelihara pandangan
Menutup aurat secara sempurna
Tidak beruda-duaan antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram
Menjaga perkataan dan mengawal perbualan
Mengawal perhiasan
Menghindari tempat yang tidak baik

Kesan Buruk yang Timbul daripada Pergaulan Bebas:-

Merosakkan jiwa dan akhlak
Menyuburkan perzinaan
Merosakkan maruah diri, masyarakat dan negara
Membawa kepada kemurkaan Allah SWT


Ustaz Azhar Idrus - Hukum Berbual/SMS Dengan Bukan Mahram



No comments:

Post a Comment