PENGENALAN
Takrif Khurafat, Tahayul dan Kepercayaan Karut
Menurut kitab Al-Mu'jam al-Wasit , khurafat ialah cerita-cerita yang mempersonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta. Mengikut Kamus al-Marbawi, khurafat ialah sebarang cerita yang benar-benar dusta. Pendapat lain menyebut bahawa khurafat ialah sesuatu hal yang tidak masuk akal atau perkara-perkara yang sukar untuk dipercayai kebenarannya. Berdasarkan takrif tersebut, dapat disimpulkan bahawa khurafat ialah sesuatu perkara yang mempersonakan berbentuk rekaan atau dongeng (lagenda), karut dan menyimpang daripada ajaran Islam.
Istilah tahayul pula bermaksud semua cerita, sama ada khayalan atau rekaan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran Islam. Tahayul meliputi cerita-cerita yang mempersonakan dan bercampur aduk dengan perkara-perkara yang dusta.
Kepercayaan karut ditakrifkan sebagai keseluruhan tatacara hidup serta hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian dalam sesuatu masyarakat, tamadun dan peradaban yang direka serta bercanggah dengan ajaran Islam.
Iklan Raya yang mempunyai unsur tahyul
Filem Mantra 2010
Ciri-ciri Khurafat dan Tahayul dalam Bahan Penerbitan
Berdasarkan garis panduan JAK1M (2009) antara ciri-ciri khurafat dan tahayul seperti yang berikut :-
- Cerita-cerita yang tidak didasarkan pada nas-nas syarak sama ada al-Quran atau hadis.
- Cerita-cerita yang berunsur mitos dan lagenda, rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut.
- Cerita-cerita yang bersumberkan kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam.
- Cerita-cerita yang berbentuk pemujaan dan permohonan kepada 'makhluk halus' bagi tujuan memudaratkan orang lain dan menyeleweng daripada akidah Islam
- Penggunaan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya bagi tujuan tertentu
- Cerita-cerita yang mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariat Islam.
Bentuk-bentuk Khurafat dan Tahayul
Bentuk-bentuk khurafat dan tahayul seperti yang berikut :-
- Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu dan seumpamanya.
- Kepercayaan kepada nasib sial, seperti adat membuang sial.
- Kepercayaan kepada jin dan memohon pertolongan daripadanya, umpamanya adat memuja kampung.
- Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki seperti adat memuja semangat padi.
- Kepercayaan kepada petanda-petanda dan pantang larang, seperti menangguhkan perjalanan jika terdapat biawak melintas kerana dianggap sebagai isyarat bahawa sesuatu perkara tidak baik akan berlaku.
- Kepercayaan terhadap ramalan-ramalan bintang, angka-angka atau rajah-rajah tertentu.
- Pemujaan objek-objek tertentu, roh nenek moyang dan kubur.
Hukum Beramal dengan Perkara Khurafat dan Tahayul
Dalam Islam, percaya kepada benda-benda khurafat dan tahayul, misalnya benda-benda keramat seperti pokok, kubur, telaga dan sebagainya serta yakin terhadap kuasa selain daripada Allah SWT ialah syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid.
Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Bukhari yang bermaksud:-
"Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan". Para sahabat bertanya, "Apakah tujuh perkara itu?" Baginda menjawab: "Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat terkutuk. (Al-Bukhari)
Ust Azhar Idrus - Potong Kuku Hari Tertentu & Khurafat / Larangan Jumaat
Ust Azhar Idrus - Ramalan Tarikh Lahir / Tilik Nasib / Horoskop
Ustaz Azhar Idrus - Khurafat. Ambil Gambar 3 Orang Akan Mati Seorang
Ustaz Azhar Idrus - Percayakan Bomoh Berubat Guna Jin
No comments:
Post a Comment